Wednesday, 31 May 2017

Subject Drawing - Semester satu Diploma in Graphic Design KPTM Batu Pahat

 No  Subject Code  Sec No  Subject Name  Attempt  Credit Hours  Grade 
  1  CGD120301DRAWING13
  2  CGD121301GRAPHIC DESIGN HISTORY13
  3  CGD122301COLOR THEORY13
  4  MPU231301PENGAJIAN ISLAM13
  5  TTS107303CONCEPTS AND APPLICATIONS OF INFORMATION TECHNOLOGY13

Okay. untuk sem satu ni subjek no 2 sampai 3 ada final exam. untuk drawing tak ada finall exam, tetapi ada final folio. 
aku senaraikan aktiviti yang kitorang buat dulu dulu untuk subjek subjek semua ni.

Drawing
masa awal sem lecturer akan buat satu test drawing, yelah dia nak jugak tau korang ni tahap melukisnye macam mana. korang expert drawing ke korang tangan kayu ke diorang kena tau. kalau korang jenis tak pandai lukis diorang akan guide korang sampai la korang boleh melukis. kalau korang expert melukis, jangan terlalu ssenang hati yee, sebab expectation lecturer kat korang akan jadi tinggi, korang kata korang pandai lukis? lukis muka korang kat gambar pasport sebijik sama- dalam masa 3 jam.

lecturer aku bahagikan siapa yang ada ambil subjek seni masa spm duduk satu bahagian, yang tak ada ambil subjek seni asa spm duduk satu bahagian. melukis la korang dalam masa 3 jam tu.aku tak ada basic seni spm, jadi lecturer tunjuk gambar pinggan mangkuk, buah, dll dekat slide show.

lepas tu sepanjang waktu kelas wajib bawak kertas lukisan saiz A3, peralatan melukis, dan sediakan la beg lukisan saiz A3 untuk simpan kertas korang tu. takyah yang mahal, beli yang plastik murah tu je. simpan la duit korang tu untuk next project ye.

korang akan belajar mcam mana nak lukis menggunakan arang, pen, dakwat cina, dan lain lain

aku tak pandai melukis pun, tapi habis satu semtu dah reti la nak lukis lukis sikit. dah tau cara nak mewarna dengan betul.

Peralatan untuk subjek ni :
Kertas lukisan saiz A3
 (elok guna yang tebal sikit, tak la senang koyak bila korang padam lukis padam lukis) - 200 helai -300 helai. percaya la korang mesti guna banyak punya.

Kertas lukisan A2
untuk final project nanti, beli la satu buku kongsi kongsi dengan kawan kawan

Pensel kayu,pemadam, pen, pen dakwat basah, art pen, charcoal stick, charcoal pencil, chineese ink, berus mewarna halus,sederhana, dan besar. beli yang basic je tak payah bazir sangat.
pencil color - aku pakai luna , kalau boleh beli la yang 24-48 color.
lg 1 aku pakai Faber Castel tri grip yang ada bintik bintik putih tu, warna lagi pekat dari luna. beli yang 12 btg je. sbb harga dia lagi mahal dari luna, kalau warna background warna hitam memang superb.
kalau mampu beli la polycromos ke derwent ke. tapi tak payah kot sebab korang akan nangis bila ada aksi pinjam meminjam yang hebatt.

dan mungkin beberapa lagi peralatan seni yang mungkin lecturer korang akan gunakan.

charcoal stick



charcoal pencil

Art pen































Tuesday, 30 May 2017

intro dulu la ye?

Assalamualaikum semua. blog ni aku buat atas tujuan untuk berkongsi sedikit pengalaman yang aku ada sepanjang aku belajar di sebuah kolej di selatan tanah air. kolej ni kolej swasta.
ok. dulu masa aku nak sambung belajar dekat kolej ni, aku ada la buat sedikit research pasal kolej ni, aku nak tau jugak la macam mana keadaan kolej tu, macam mana persekitaran dia, belajar guna kaedah apa, banyak guna slide show ke atau macam kat sekolah tu.

macam mana aku boleh terfikir/ minat nak belajar designing?

sebelum ni aku pernah belajar di sebuah universiti awam. tapi lain kos. ye aku ambik diploma juga, computering program, tak payah la kot aku spesifik kan aku ambik kos apa masa kat u dulu. dalam course yang aku ambil tu aku ada la jugak belajar pasal design things ni, tapi tak mendalam la, ada la satu subjek je yang aku belajar - multimedia. so dari situ aku yang zero knowledge pasal art and design, tapi bila belajar, aku jadi macam gila gila nak tau, eh, macam mana dia buat benda ni, macam mana dia buat benda tu, satu excitement yang aku jarang rasa bila buat sesuatu dalam study sepanjang dekat u tu. so dari situ la mulanya rasa nak belajar dengan mendalam bidang grafik design ni. aku tinggalkan ipta tersebut dan apply kos grafik design kat kolej ni?

kenapa tak apply graphic design kat universiti awam - uitm la biasanya

Pertama sekali sebab aku nak apply loan mara. hahah. ipta tak ada loan mara. ipta ada pitipitiyen je. aku pernah apply pt masa kt ipta dulu so aku rasa macam menyusahkan kot nanti kalau nak ikut prosedur untuk apply pt semula. lagi satu pinjaman mara adalah boleh ubah, dimana kalau kau grad 2 pointer ke atas je kau cuma kena bayar 50% daripada total loan kau tu. kalau ikut agreement pinjaman mara aku, jumlah pembiayaan hampir RM40 ribu. (pembiayaan penuh, yuran pengajian + monthly allowances). ada juga yang dapat pembiayaan mara tapi dapat separuh je (cuma yuran yang mara tanggung,no monthly allowances.)

*Pembiayaan penuh - untuk meraka yang pendapatan ibu bapa kurang dari RM3000 sebulan . Boleh rujuk laman web mara untuk lebih detail.


Kedua, aku malas nak hadap subjek subjek yang aku dah belajar masa kt uitm dulu. biasa la, subjek am yang wajib ipta macam ken ada belajar accounting, economy, subjek kokorikulum 3semester, subjek english 3sem, subjek pendidikan islam/moral 3sem. total subjek untuk setiap sem dekat uitm dulu 7-8 subjek. setiap sem ye. dan semua ada exam, kalau kau jenis malas gila nak pergi aktiviti koko ke apa atau pergi tapi malas nak participate apa apa aktiviti *biasanya terpaksa pegi jugak sebab ada mata merit etc. aku tengok semua subjek subjek tu tak ada kat kptm ni. hewhew.


Aku pun mula search pasal course berkaitan dengan grafik design ni, aku check dia punya list subjek untuk setiap sem. so far ok lah, tak ada lah subjek subjek yang tak berapa kena mengena dengan grafik design macam tetiba kena belajar economy ke accounting ke, subjek koko wajib sampai 3 sem dan masuk markah kat result exam. Sebab sebelum ni aku dah belajar semua tu dekat universiti awam, jadi aku nak cari yang kalau boleh semua subjek nye ada kaitan dengan grafik design. Untuk sem 1 dulu aku belajar subjek Drawing, History of Graphic Design. Color Theory, Computer And Information Technology(kut? entah aku tak indat apa nama betul dia. tapi dulu kitorang panggil cait cait je).

sem 1:
 No  Subject Code  Sec No  Subject Name  Attempt  Credit Hours  Grade 
  1  CGD120301DRAWING13
  2  CGD121301GRAPHIC DESIGN HISTORY13
  3  CGD122301COLOR THEORY13
  4  MPU231301PENGAJIAN ISLAM13
  5  TTS107303CONCEPTS AND APPLICATIONS OF INFORMATION TECHNOLOGY13

sem 2:
 No  Subject Code  Sec No  Subject Name  Attempt  Credit Hours  Grade 
  1  CGD123301DIGITAL ILLUSTRATION13
  2  CGD124301DIGITAL IMAGE MANIPULATION13
  3  CGD125301TYPOGRAPHY13
  4  CGD126301INTRODUCTION TO GRAPHIC DESIGN13
  5  COM101301COPYWRITING13
  6  MPU222301STUDY SKILLS13

sem 3:
 No  Subject Code  Sec No  Subject Name  Attempt  Credit Hours  Grade 
  1  CGD227301DIGITAL PHOTOGRAPHY13
  2  CGD228301VISUAL COMMUNICATION13
  3  CGD229301DIGITAL ANIMATION13
  4  CGD230301PUBLICATION DESIGN13
  5  CGD231201CRITICAL & CREATIVE THINKING12
  6  HCQ112101FUNDAMENTAL OF DRAMA12
  7  MPU216301PENGAJIAN MALAYSIA 213

sem 4:
 No  Subject Code  Sec No  Subject Name  Attempt  Credit Hours  Grade 
  1  CGD233301INTERACTIVE MULTIMEDIA DESIGN13
  2  CGD234301ADVERTISING DESIGN13
  3  CGD235301DIGITAL AUDIO AND VIDEO13
  4  CGD236301PACKAGING DESIGN13
  5  MPU242201PENGURUSAN MASJID12
  6  TTS314301TECHNOPRENEURSHIP13

sem 5:
 No  Subject Code  Sec No  Subject Name  Attempt  Credit Hours  Grade 
  1  CGD399509GRAPHIC DESIGN INDUSTRIAL TRAINING15

sem 6:

okay setakat ni la dulu. nanti aku terang kan satu satu apa yang biasanya patut buat dan jangan buat.